Pusat Asasi Uitm Dengkil : What You Need To Know
23:29
Assalamualaikum and hi readers :)
Pertama sekali, saya nak minta maaf sebab membiarkan blog ni berhabuk tanpa sebarang update langsung. Maklumlah bila bergelar seorang student ni memang banyak komitmen yang perlu kitorang fokuskan especially dalam studies so selalu lupa nak update*sebenarnya tak lupa pun tapi malas*. Sedar tak sedar dah sebulan lebih aku habis asasi kat UiTM Dengkil. Rasa sedih pun ada sebab banyak sangat kenangan yang aku lalui kat sana walaupun belajar tak sampai setahun. Okay that's not the point of this post. Since sekarang adik-adik lepasan SPM kita dah isi UPU semua tu, why not aku share sikit experience dan apa yang korang perlu tahu bila study kat UiTM Dengkil. Okay..UiTM Dengkil baru saja ditubuhkan pada tahun 2015 maksudnya setakat ni dah ada 3 batch yang menghuni kolej tu dan saya batch yang ke-3. Mostly student yang masuk sini adalah antara student yang cemerlang resultnya dalam SPM. If you're one of them, congratulations :)
Minggu Destini Siswa (MDS)
MDS ni lebih kurang orientasi selama 3 hari 2 malam. Lepas pendaftaran, student akan berkumpul dan dibantu oleh fasilitator aka senior (alumni). Diorang ni lah yang akan guide korang masa MDS. Masa ni adalah beberapa taklimat yang korang kena dengar. Biasanya pasal grading, borang pendaftaran, student portal dll. Pakaian yang korang kena pakai especially masa nak buat kad matriks ialah baju kurung putih serta kain dan tudung hitam untuk perempuan. Untuk lelaki pulak kemeja putih dan seluar hitam. Masa mds ni korang akan dikumpulkan mengikut course yang korang ambik. Contohnya kalau asasi sains daftar hari ni maksudnya semua yang daftar tu hanya terdiri daripada student yang ambik sains dan tak bercampur dengan course lain.
Kolej
Kolej
Kolej yang uitm sediakan ni sangat selesa walaupun takdelah besar mana. Untuk siswa lelaki ada tiga kolej iaitu kolej tualang 1,2 & 3. Untuk siswi pulak ada tiga jugak, kolej Dahlia 1,2 & 3. Dalam satu rumah ada tiga bilik and satu bilik share dua orang.
hai saya rindu kamu semua :(
Sorry tak boleh nak ambik gambar full :)
ruang untuk basuh baju dan letak alat keperluan diri
loker *ruang loker tu agak kecil untuk saya tapi memadai untuk letak baju-baju
cermin tandas yang akan jadi rebutan siswi waktu pagi sebab nak pakai tudung.
Jadual Dan Pembahagian Kelas
Jadual kuliah ni biasanya akan disebarkan oleh rakan-rakan yang bertauliah sebelum start semester. So bila dah dapat tahu jadual, korang kena pandai-pandailah cari lokasi kelas sendiri *akan diterangkan lebih lanjut masa mds nanti* . Kelas bagi course sains dan engineering biasanya pack sikit compared to tesl dan law. Tapi first week korang akan ada free time sebab kelas tutorial dan lab tak start lagi. Bila dah masuk second week and so on maksudnya korang dah start busy dengan study. Okay wani akan terangkan apa beza tutorial, lecture dan lab. Untuk tutorial, lecturer masing-masing akan bincang soalan aka homework untuk setiap topik. Masa tutorial ni lah korang boleh tanya lecturer kalau korang malu nak tanya masa lecture. Biasanya masa tuto jugak ada quiz/pop quiz yang sedikit sebanyak menyumbang kepada carrymarks korang. Untuk lab, korang akan buat beberapa eksperimen yang ada dalam lab manual *kena beli* dan lepas buat eksperimen tu korang kena buat report dalam kumpulan masing-masing. Masa lab wajib patuhi peraturan antaranya pakai lab coats dan tak boleh pakai selipar jepun *alaa ni mesti tahu kan kat sekolah kan dah belajar*. Untuk lecture, grouping dia lebih besar dan akan bercampur dengan kelas lain biasanya dengan kelah sebelah. Bagi course tesl dan law, korang akan selalu ada dalam lecture hall yang besar dan kerusinya empuk tapi untuk sains dan engineering jarang sekali ada kelas di lecture hall.
Okay in term of bangunan akademik pulak. Ada tiga bangunan which is dinamik, etika dan progresif. Bangunan dinamik ni bangunan paling tinggi antara ketiga-tiga bangunan dan paling sibuk sebab ada banyak kelas. So, nak naik lif tu confirm setiap masa penuh. Better naik tangga je kalau nak pergi kelas tapi kalau pergi awal boleh la naik lif dengan tenang. Bangunan etika ialah tempat dimana banyak labs. So, student science dan engineering ramai lah. Bangunan progresif pulak tempat terletaknya PTAR atau perpustakaan tun abdul razak. And depan ptar tu ada tempat yang dinamakan Jasad Golgi oleh budak-budak ASiD ni. Tempat ni paling famous kalau nak ambik gambar kelas. Gambar di bawah tulah Jasad Golgi sebab susunan bangku tu macam Jasad Golgi *duhhh
ni dekat ptar aka perpustakaan Tun Abdul Razak aka my favourite place to lepak & study
*my D6 classmates :)
bangunan kat depan tu namanya bangunan dinamik which is the most busiest bangunan sebab banyak kelas ada kat sana.
ni bangunan etika where the labs are located at.
*ni gambar dengan budak kelas sebelah yang comel:)
GPA UiTM & UPU
Grading upu dengan uitm sangatlah berlainan. Untuk gpa uitm, semua subjek yang korang register course akan include dalam result termasuklah ELC (English Learning Centre) dan CTU *agama* . So, untuk dapat 4flat uitm, korang kena balancekan core subject dengan easy subject ni. Kalau gpa UPU pulak agak senang untuk dapat 4flat sebab dia hanya ambik 3 subjek daripada 4 subject utama (physics, biology, chemistry & math). Tapi math adalah subjek wajib diambil markah. So, lagi 2 subjek tu dia ambik 2 subjek tertinggi daripada 3 subjek tadi. *faham tak? rasa macam ayat berbelit je*
Apa pun tahniah untuk adik-adik yang terpilih masuk uitm dengkil and do your best during asasi. Alaaa setahun je pun struggle. Semua syllabus pun takdela susah sangat cuma detail sikit daripada masa SPM. So, try your best to make your parents proud of you. And my dear juniors, you're about to have one of the most meaningful experience studying here. Appreciate every moment when you are there and make a lot of friends. Sampai sini je post kali ni. Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh comment. Insyallah kalau boleh saya jawab kalau tak boleh maafkan saya ya. See ya in next post :)
3 comments
akak , masa mds bawal memang kena pin ke bawah je ke macam mana ? hahahahaha sebab ramai suruh macam tu
ReplyDeletesorry reply lambat :( maybe dia nak selaraskan untuk buat kad matriks kot. im not sure about that tapi during my time tak payah pun :)
Deletehai kak , pemakaian mmg hari hari baju kurung or what ?
ReplyDelete